Pembekal Bromeliad No 1 Di Malaysia
Lot 1570, Kampung Jias, Jalan Pasir Pekan, Pasir Mas, Malaysia

Apabila menerima pesanan anda dalam talian, bromeliad akan diambil dan dikeluarkan dari pasu atau diambil dari tumbuhan induk bagi anak pokok bromeliad (ada kemungkinan akar pokok sudah mulai tumbuh) Sekira bromeliad tidak dikeluarkan dari pasu, terdapat kemungkinan bromeliad akan mengekalkan kelembapan yang berlebihan dan mungkin akan terkena jangkitan kulat apabila berada di dalam kotak yang gelap.

Setelah bromeliad dipilih, ia akan disangkut untuk dikeringkan terlebih dahulu bagi mengurangkan kemungkinan tumbuhan dari menyimpan lembapan berlebihan yang akan menyebabkan pokok terkena jangkitan kulat. Setelah itu, kami akan periksa samada tumbuhan terkena jangkitan kulat atau tidak. Sekiranya ada, kami akan buang daun yang terkena jangkitan kulat tersebut. Setelah bromeliad dikeringkan dan sedia untuk dibungkus, bromeliad akan dibungkus dari akar dan sekelilingnya dengan menggunakan kertas surat khabar. Ini dapat membantu mengurangkan kelembapan yang mungkin membentuk jangkitan bakteria, kulat atau pereputan.


Sabut dibuang terlebih dahulu 



Bungkus menggunakan surat khabar


Kami akan masukkan dalam kotak

Dengan langkah-langkah ini, anda akan menerima Bromeliad yang dapat memulakan semula pertumbuhannya dengan subur di halaman rumah anda.