Bromeliad yang tahan panas (mampu menahan sinaran matahari 100%) menjadi permintaan yang sangat tinggi. Pada zahirnya, ia nampak seperti satu soalan yang mudah. Tapi ianya jauh lebih kompleks dari yang difikirkan. Bromeliad yang dapat menerima cahaya matahari penuh adalah berbeza bergantung pada lokasi anda berada. Contohnya, pencahayaan matahari di Kuala Lumpur, Malaysia tidak akan sama dengan lokasi di Vietnam.
Antara faktor yang dapat mempengaruhi keupayaan bromeliad untuk menerima pencahayaan matahari ialah kelembapan. Kelembapan yang lebih tinggi akan membolehkan bromeliad menahan lebih banyak pencahayaan matahari secara langsung. Dan oleh itu, jika bromeliad berada di lokasi seperti pantai yang mempunyai kelembapan udara yang lebih tinggi mungkin ia boleh menyesuaikan diri dengan matahari secara langsung, manakala lokasi yang kering seperti padang pasir akan membakar daun tumbuhan sehingga layu dan boleh menyebabkan tumbuhan mati.
Faktor lain yang terlibat adalah apabila ingin meletakkan tumbuhan di lokasi yang menerima pencahayaan matahari secara langsung. Jadi, untuk memindahkan tumbuhan dari persekitaran yang agak redup dan teduh kepada pencahayaan matahari secara langsung bukanlah idea yang baik. Anda boleh lakukan secara berperingkat dan biarkan bromeliad mendapat cahaya matahari yang lebih secara sedikit demi sedikit pada setiap minggu sehingga ia mampu berada di bawah sinar matahari penuh. Selain itu, memindahkan tumbuhan anda semasa matahari kurang terik akan membolehkan tumbuhan menyesuaikan diri dengan secara tidak drastik
Faktor lain adalah sistem pengakaran. Sistem pengakaran yang sihat memainkan peranan yang besar bagi bromeliad untuk mengendalikan pencahayaan matahari secara langsung walaupun kebanyakan Bromeliad adalah epifit. Itulah salah satu sebab mengapa penanaman tumbuhan pada suhu 15-27 Celcius adalah waktu yang terbaik kerana ia dapat menyesuaikan tumbuhan dengan suhu tersebut dan tumbuhan dapat membina sistem pengakaran yang lebih sihat untuk menyerap kelembapan dan nutrient apabila mendapat pencahayaan matahari secara langsung. Walaupun begitu, bromeliad sangat gemarkan kelembapan yang tinggi.
Info tambahan, sekiranya bromeliad dibiarkan di bawah sinaran matahari secara langsung juga akan menghasilkan anak bromeliad yang mampu menahan kesukaran persekitaran (tahan panas) apabila pup bromeliad tersebut dapat menghasilkan sistem akar yang lebih baik dan daun yang lebih kuat.
Contoh bromeliad yang tahan panas
Knockout
Meladontra
Aec Blanchetiana
Belladonna
Alcantarea Rubra
Cruenta