Pembekal Bromeliad No 1 Di Malaysia
Lot 1570, Kampung Jias, Jalan Pasir Pekan, Pasir Mas, Malaysia

Terdapat dua jenis bromeliad, terestrial (tumbuhan yang hidup di dalam tanah) dan epifit (tumbuhan yang hidup di atas pokok atau batu).

Adalah penting bagi kedua-dua jenis bromeliad untuk mendapatkan peredaran udara yang mencukupi. Akan tetapi, tumbuhan yang berada di dalam pasu adalah lebih sukar untuk mendapatkan udara yang mencukupi hingga ke akarnya. Menanam semula bromeliad dengan betul adalah sangat penting kerana sistem akar yang sihat adalah kunci utama pada kesuburan dan tumbesaran tumbuhan.

Peredaran udara adalah salah satu faktor dalam penjagaan bromeliad. Oleh kerana ianya tumbuhan semula jadi yang menerima perederan udara secara berterusan, ia menjadi lebih sihat apabila udara sentiasa bergerak. Ini adalah kerana, pergerakan udara dapat mengeringkan kawasan yang mungkin terdedah kepada penyakit dan meminimumkan kadar jangkitan kulat pada tumbuhan.

Apabila bromeliad ditanam menggunakan medium yang berongga seperti sabut cincang kasar, dan ditanam dengan cara yang betul, ia dapat membantu tumbuhan mendapat peredaran udara yang mencukupi. Untuk mendapatkan pengudaraan yang lebih baik, anda juga boleh menggantung pasu supaya udara dapat bergerak mengelilingi tumbuhan.

Contoh pengudaraan yang baik