Bromeliad Aechmea Wide Leaf mempunyai daun yang keras dan bercorak belang warna hitam dan putih seperti “zebra”. Ketinggian Wide Leaf yang matang boleh mencapai 24-30 inchi dan kelebaran boleh mencecah 18 inchi. Wide Leaf dapat tumbuh dengan lebih baik di tempat yang menerima cahaya matahari terang. Selagi mana ia tidak menerima secara langsung dan boleh menyebabkan dedaun hangus. Walaupun begitu, sekiranya tumbuhan tidak mendapat cahaya matahari yang mencukupi, ini dapat memudarkan warna dan corak tumbuhan.