Bromeliad Billbergia Dreams mempunyai bentuknya yang unik dengan tompok putih dan berwarna merah gelap. Ketinggian Billbergia Dreams yang matang boleh mencapai 14-18 inchi. Billbergia Dreams dapat tumbuh dengan lebih baik di tempat yang menerima cahaya matahari terang. Selagi mana ia tidak menerima secara langsung dan boleh menyebabkan dedaun hangus. Walaupun begitu, sekiranya tumbuhan tidak mendapat cahaya matahari yang mencukupi, ini dapat memudarkan warna dan corak tumbuhan.