Bromeliad Guzmania mempunyai pelbagai jenis warna yang terang dan menonjol. Daunnya besar seperti pedang dan kekla berwarna hijau. Ketinggian Guzmania yang matang boleh mencapai 26-30inchi. Guzmania dapat tumbuh dengan lebih baik di tempat yang menerima cahaya matahari terang. Selagi mana ia tidak menerima secara langsung dan boleh menyebabkan dedaun hangus. Walaupun begitu, sekiranya tumbuhan tidak mendapat cahaya matahari yang mencukupi, ini dapat memudarkan warna dan corak tumbuhan.