Pembekal Bromeliad No 1 Di Malaysia
Lot 1570, Kampung Jias, Jalan Pasir Pekan, Pasir Mas, Malaysia

Hohenbergia Karla

RM85.00

Bromeliad Hohenbergia Karla mempunyai daun berwarna hijau dan jalur putih krim. Daunnya mempunyai duri. Ketinggian Hohenbergia Karla yang matang boleh mencapai 12-14 inchi dan kelebaran boleh mencecah 18-20 inchi. Hohenbergia Karla dapat tumbuh dengan lebih baik di tempat yang menerima cahaya matahari terang. Selagi mana ia tidak menerima secara langsung dan boleh menyebabkan dedaun hangus. Walaupun begitu, sekiranya tumbuhan tidak mendapat cahaya matahari yang mencukupi, ini dapat memudarkan warna dan corak tumbuhan.