Bromeliad Orange Flush mempunyai daun campuran warna oren dan hijau yang sangat cantik. Daunnya tidak berduri dan mempunyai jalur (variegated). Ketinggian Orange Flush yang matang boleh mencapai 9-12 inchi dan kelebaran boleh mencecah 12-16 inchi. Orange Flush dapat tumbuh dengan lebih baik di tempat yang menerima cahaya matahari terang. Selagi mana ia tidak menerima secara langsung dan boleh menyebabkan dedaun hangus. Walaupun begitu, sekiranya tumbuhan tidak mendapat cahaya matahari yang mencukupi, ini dapat memudarkan warna dan corak tumbuhan.