Bromeliad Neoreglia Strawberry Roan mempunyai daun merah sederhana berbintik hijau. Ketinggian Neoreglia Strawberry Roan yang matang boleh mencapai 9-12 inchi dan kelebaran boleh 12-14 inchi. Neoregolia Strawberry Roan dapat tumbuh dengan lebih baik di tempat yang menerima cahaya matahari terang. Selagi mana ia tidak menerima secara langsung dan boleh menyebabkan dedaun hangus. Walaupun begitu, sekiranya tumbuhan tidak mendapat cahaya matahari yang mencukupi, ini dapat memudarkan warna dan corak tumbuhan.