Bromeliad Werauhia Kupperiana mempunyai daun yang lembut berwarna hijau dan bercorak hijau gelap pada daunnya. Ketinggian Werauhia Kupperiana yang matang boleh mencapai 8 inchi dan kelebaran boleh mencecah 12-14 inchi. Werauhia Kupperiana dapat tumbuh dengan lebih baik di tempat yang menerima cahaya matahari terang. Selagi mana ia tidak menerima secara langsung dan boleh menyebabkan dedaun hangus. Walaupun begitu, sekiranya tumbuhan tidak mendapat cahaya matahari yang mencukupi, ini dapat memudarkan warna dan corak tumbuhan.